Penuaan sihat

Berita Harian (Ratu) – Isnin 12 March, 2012

Oleh: Nor Affizar Ibrahim

 

JUMLAH penduduk dunia pesat menuju penuaan, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjangkakan antara tahun 2000 hingga 2050, peratusan penduduk dunia berusia lebih daripada 60 tahun, dua kali ganda daripada kurang 11 peratus hingga 22 peratus.

Ini bermakna, jumlah penduduk berusia 60 tahun dan ke atas dijangka meningkat, daripada 605 juta kepada hampir 2bilion. Peralihan demografi ini juga berlaku dengan cepat, terutama di negara kurangmaju.

 

Malah, kini majoriti orang lebih tua hidup lama di negara kurang maju. Dianggarkan lebih 80 peratus penduduk hidup lama dalam negara berpendapatan rendah dan sederhana, menjelang 2050.

 

Realitinya, penuaan pesat penduduk memberikan beberapa cabaran kepada negara maju dan membangun. Justeru, keperluan penuaan yang sihat menjadi teras untuk berdepan dengan cabaran ini.

 

Setiausaha Persatuan Penuaan Sihat Malaysia (MHAS), Ranuga Devy, berkata bagi wanita khususnya, penjagaan kesihatan penting apabila membincangkan isu penuaan.

 

Sehubungan itu, penting semua wanita memperkasakan diri dalam menjaga dan mempersiapkan diri menuju penuaan.

 

“Wanita adalah isteri dan ibu dalam keluarga yang mempunyai banyak tugas serta tanggungjawab berat. Bagi memastikan diri berupaya melaksanakan tugas, wanita perlu sihat sebelum melunaskan tanggungjawab kepada orang dikasihinya. Jaga kesihatan perlu dilakukan bermula dari awal.

 

“Ibu yang sihat dapat melahirkan anak sihat dan menjaganya dengan baik, Apa yang merisaukan hanya segelintir kecil wanita memahami hakikat itu. Kebanyakan apabila sudah berusia, barulah mula sibuk ingin mengambil berat mengenai kesihatan. Sedangkan ketika itu mungkin sudah terlewat,” katanya ketika membicarakan peranan dan pentingnya wanita menjaga kesihatan dalam menuju penuaan.

 

Ranuga berkata, setiap individu juga harus sedar penuaan sihat adalah salah satu cabaran besar kepada dunia. Akibat peralihan demografi akan mempunyai kesan yang besar terhadap ekonomi, kesihatan, pembangunan, social dan kebajikan masyarakat.

 

Katanya, keadaan yang berlaku itu secara tidak langsung, terdapat lerperluan untuk semua termasuk wanita, meningkatkan ilmu mengenai promosi kesihatan yang baik, dari wanita muda hinggalah tua untuk kualiti hidup lebih bermutu.

 

Tambahnya, isu kesihatan dan penuaan saling berkaitan serta membabitkan banyak aspek dalam kehidupan. Untuk itu wanita perlu dididik dan diberikan pendedahan luas merangkumi pelbagai sudut supaya lebih bersedia menghadapi cabaran akan dating.

 

“Penuaan bukan sekadar proses biologi, ia juga merangkumi emosi, sosial dan ekonomi. Penuaan sihat membayangkan walaupun usia semakin meningkat, kita terus aktif dalam hal ehwal keluarga, sosial, ekonomi dan budaya,” katanya.

 

Penjagaan kesihatan yang baik, Ranuga menegaskan amalan terbaik ialah melakukan senaman setiap hari dan tidak boleh dipandang remeh.

 

Katanya, melakukan senaman tidak semestinya di gimnasium dan pusat kecergasan mengikut jadual sudah ditetapkan, sebaliknya perlu ada inisiatif menjadikannya sebahagian daripada aktivit harian.

“Jika hanya fikir pergi gimnasium saja baru boleh melakukan senaman, pasti ramai yang tidak akan buat demikian. Tambahan lagi, kini kebanyakan individu sibuk memburu waktu dan dibebani dengan pelbagai kerja sehingga tidak sempat bersenam.

 

“Di tempat kerja  seseorang itu berasa selesa menghadap komputer berjam-jam tanpa membuat kerja lain. Ini tidak elok untuk kesihatan, sebaik-baiknya perlu mengerakkan tubuh termasuk tangan dan kaki sekurang-kurangnya lima hingga 10 minit bagi memastikan perjalanan daraj berjalan lancer, oto tidak tegang dan tertekan. Individu perlu rehat seketika supaya minda dan fizikalnya segar dan sihat,”jelasnya.

 

Ranuga berkata sekarang segala-galanya ingin mudah, cepat lalu hidangan segera, ringkas dan kurang baik untuk kesihatan sentiasa menjadi pilihan.

 

Katanya, disebabkan banyak pilihan individu kini tidak lagi mahu bersusah payah memasak, malah makanan boleh dating terus ke depan pintu dengan membuat pesanan. Akibatnya individu mudah diserang penyakit dan ada yang mengalami masalah kesihatan ketika usia masih muda.

 

“Selok-eloknya, kurangkan pengambilan makanan yang diproses. Tidak dinafikan, ada ketika memang tiada masa dan penat untuk memasak tetapi jika individu mengutamakan sesihatan lebih baik masak sendiri bagi menyenangkan pilihlah kaedah memasak yang tidak merumitkan. Pengambilan makanan baik, penting bagi memastikan penuaan yang sihat,” nasihatnya.

 

Justeru, untuk berkongsi lebih lanjut mengenai penuaan sihat, Ranuga mengajak orang ramai menyertai Kongres Pertama Dunia Mengenai Penuaan Sihat yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 19 hingga 22 Mac ini.

 

Kongres anjuran MHAS itu bertema, “Evolusi: Penuaan Holistik Dalam Perubahan Umur adalah yang pertama di dunia diadakan dan mendapat sokongan sepenuhnya dari WHO. MHAS, sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang berdedikasi untuk menyampaikan pengetahuan, pendidikan penjagaan kesihatan professional dan orang awam mengenai banyak isu penuaan sihat.

 

“Pelbagai isu termasuk aspek kesihatan dari pencegahan hingga pengurusan, penyelidikan dan perubatan terkini, perundangan dan protokol penuaan sihat dalam ubat-ubatan kedua-dua aliran utama. pelengkap dan alternatif akan dibincangkan pakar dalam dan luar negara.

 

“Setakat ini, lebih 30 negara bersetuju akan menghantar delegasi masing-masing, antaranya Amerika Syarikat, Australia, Jepun, Hungary, Iran dan lain-lain. Kongres ini dijangka menarik perhatian ramai kerana memberikan banyak manfaat khususnya berkaitan isu penuaan,” kata Ranuga.

Comments are closed.